Ada gemar membeli di Groupon.my? Atau Mydeal dan lain-lain yang menjual secara sistem Kupon / Voucher? Ada sedikit tips dari saya.
1) Sebelum Anda Bayar, Hendaklah Selalu SURVEY / SEMAK HARGA terlebih dahulu. Sesetengah Barang telah dinaikkan Harga 80% sebelum memberi Anda 70% Harga Discount Kupon. Nampak Tak? Kalau harga selepas diskaun 70% RM 200, tapi anda boleh beli di tempat lain pada harga LEBIH MURAH dari itu TANPA memerlukan sebarang pembelian KUPON! Pastikan tempat Online store / Seller yang menjual tu mempunyai rating yang tinggi / Verified Seller / Trusted Seller ke supaya anda tak kena scam.
2) Semak Harga di mana-mana online store seperti www.lelong.com.my , www.mudah.my , forum lowyat net atau lain-lain online store sekadar untuk membuat perbandingan harga. Paling tidak pun guna google , Search je "Model RM Harga". Satu Contoh Tablet 7" Android dijual selepas 50% Disocunt RM 249, tapi anda boleh beli di lelong.com.my dengan harga lebih rendah dari itu! Specifikasi pun sama.
3) Jika Iklan itu dari Pihak yang menjual perkhidmatan atau barang, anda 100% boleh check di website penjual masing-masing. Contoh Kupon Hotel , Restoren Makanan Segera , Saloon ke..... Kebanyakkannya lebih murah dari yang dijual oleh 3rd party / agen / travel agency. Rata-rata Pihak Hotel / Restoren itu sendiri / Perkhidmatan (Wayang DLL) yang mengiklankan produk mereka adalah murah!!
Saya tak salahkan Pihak Groupon, sebab mereka dibayar untuk iklan dan komisen dari jumlah Kupon yang dijual.So, SEMAK harga dahulu sebelum beli!!!!Pihak Groupon pun bukannya dia semak harga.
No comments:
Post a Comment